Wednesday, June 3, 2015

rezeki Allah

setelah sekian lama tak muncul dalam ni. tiba-tiba rasa rajin pulak datang nak menulis sesuatu. walhal waktu-waktu macam ni aku akan ambil kesempatan melelapkan mata. hehehe. sementara bujang kecil aku ni tido. baiklah aku coret sesuatu kat sini. 😊😊

aku dulu pernah terfikir. bila dah kawen, ada anak, ada komitmen dengan kerjaya aku tak akan berhenti berblog. tapi nampaknya janji tinggal janji. tahap kemalasan melampau-lampau. hahaha. ok lah step by step aku nk cerita. 😊😊

pertama.

alhamdulillah. kini aku dah pon duduk sebumbung dengan suami selepas lebih kurang 1 tahun 11 bulan berPJJ. aku tak sangka rezeki berpihak pada aku, walau hakikatnya masa mula-mula cek keputusan bulan september tu aku GAGAL. tapi Allah dengar juga doa aku. alhamdulillah. terima kasih Allah. 😊😊

kedua.

rezeki tahun 2015 aku sekeluarga tak berhenti setakat tu je. bila mana aku disahkan pregnant anak kedua pada awal Februari hari tu. syukur alhamdulillah. rezeki dapat pindah. aku tak sangka secepat ini Allah berikan kami rezeki. alhamdulillah. dan insyaallah baby baru akan keluar awal Oktober 2015 nanti. doa-doakan ye kesihatan ummi dengan baby. 😊😊

ketiga.

buat sementara waktu ni. anak bujang kesayangan terpaksa tinggal dulu dgn maktok kt kampung. sebab ummi dpt tukar mengejut. tak sempat nak prepare taska nursery or pengasuh. lagipun ummi tak bape kenal sangat orang-orang kat sini. insyaallah tahun depan Aish duduk sama-sama dengan ayh ummi baby. tak sedih? tipu kalau aku cakap tak sedih. pisah dengan anak lagi berat rasanya daripada berpisah dengan suami.

yelah, anak yang kita kandung 9 bulan. lepas tu tak pernah berpisah sampai lah ummi kena transfer. huhuhu. Allah je yang tahu hati seorang ummi. 😢😢

rasanya, cukuplah ini dulu ceritanya. lain masa aku cerita lagi. kalau datang rajinnye 😆😆😆😆


bye,
salam.