Wednesday, October 14, 2015

Our Second Little Princess

Alhamdulillah.

malam jumaat 9 Oktober 2015 jam 1.54 pagi aku selamat melahirkan seorang baby girl seberat 3.5 kg dan panjang 50 cm.

nak cerita pengalaman bersalin kali kedua ni memang berbeza sangat dengan bersalinkan si abang. ok aku start kronologi bersalin princess terus la ye.

8 Oktober 2015
jam 1505

sebenarnya tarikh 8hb ni adalah due date aku. aku dah berdebarrr je baby taknak keluar lagi ke. abang dl ngam-ngam 39w dah keluar. ok takpe sabarrrr. dalam pada bersabar tu sebenarnya dah mula rasa sakit. tapi sakit yang tak kuat. masih relekkkk je lagi. aku pon dok kira bape kali contraction, sekerap mana akhirnya aku tak dapat bertahan. huhu

jam 1700

aku whatsapp husband tanya perlu ke pi hospital ni. sakit makin kerap. 15 minit sekali dalam durasi lebih kurang seminit dua sakitnya. husband tanya aku balik pulak nak pegi ke tak? hahaha. blur memasing. last-last aku cakap jap lagi lah. makin lama makin kuat semacammmmm je rasa ni, mak aku suruh mandi. lepas mandi tu rasa macam susah nak jalan. jalan je jap dah sakit perut semula. aku whatsapp husband lagi bagitau dia suruh balik. aku nak pi hospital.

jam 1930

masa ni tengah tunggu turn kat hospital, biasalah GH. lagi-lagi Hospital Melaka, mana pernah tak ramai tak sibuk. hanya yang ada tahap kesabaran yang tinggi je boleh bersalin kat Hospital Melaka. kira aku tergolong dalam golongan orang-orang yang sabar lah ni. hahahaha. tapi kali ni aku tunggu tak lama memandangkan kesakitan dah tahap yang agak kuat, belum sempat nama aku dipanggil aku dah panggil nurse dulu. bagitau dia aku sakit sangat ni, tadi dalam toilet ada spotting cekelat campur darah. ok, jom cek bukaan nurse kata. sekali nahhhh 6 cm terus. ok sedia ye puan jap lagi kita tolak masuk labor room. huhu. debar tak terkata. dalam hati doa cepatlahhh masa berjalan. tak sanggup tanggung sakit T___T

jam 0015

ni kemuncak kepada segala kesakitan yang aku rasa masa memula sampai hospital. masa ni aku dah mintak nurse panggil husband masuk. doktor pon dah pecahkan air ketuban. baby d ah berak sikit kat dalam, aku dah pikir janganlahhhhh jadi macam Aish. janganlah baby kena tahan kat nursery. huhuhu. aku? mengerang kesakitan lah apa lagi. husband nak pegang aku cakap jangan pegang, biar aku je pegang dia. haha. tiap kali nurse/doktor masuk aku tanya dah bape cm? boleh teran tak? mungkin jodoh aku dapat doktor india saje malam tu T__T bila tiba masa nak teran masalah pulak aku nak meneran. bidan cakap memula je aku pandai, lama-lama jadi hilang fokus. aku siap request gunting. haha. nurse bagitau nak gunting apenyee.. ni anak nombor dua. awak ada tenaga boleh teran. awak mesti boleh. baik betul nurse bidan tu.. huhu.

jam 0154

setelah berhempas pulas lebih kurang sejam nak meneran tak boleh tu, akhirnya princess aku pon dilahirkan. lahir-lahir terus menangis meraung, terkejutttt ummi dengan ayah. sebab abang Aish dulu kemain senyap takde bunyi langsung. tapi si adik tidak begituuu. hahaha. baby girl aku lahir pada malam jumaat yang hening, disambut oleh 3 orang nurse bidan sahaja, tanpa doktor. terima kasih sangat-sangat kat nurse-nurse tu sebab tak gunting macam yang aku mintak. kalau tak sampai sekarang aku tak boleh duduk normal agaknya. dah la lepas balik rumah aku kena rengat. mungkin sebab masuk angin dok tempat aircond lama sangat. huhuhuhu.

Alhamdulillah, Allah permudahkan bersalin anak kedua ni. aku tak menanggung sakit yang lama. sepasang dah. mungkin lepas ni  lamaaaaaaaaaaa lagi baru pikir nak menambah. kot-kot tak tambah terus,. hahahaha.

ok benti sini dulu. baby nanges nak syusyu dah tu.. daaaaaa