Assalammualaikum.
Sejak anak dah dua ni dia punya sibukk kemainnnn. Walaupun hari ni dah hari ke 43 aku berpantang tapi aku rasa macam dah lama habis pantang. Ye bila anak dah dua ni kau tak boleh nak manjakan diri sangat yee. Mana yang terlarat kau kena buat. Anak memasing nak perhatian umminya. Harus la ummi tangan macam octopus. Huhu.
Sekarang ni masih lagi pantang kat umah mak. Tak tahu la macam mana keadaan nanti bila Ahad ni dah balik umah sendiri. Harap dipermudahkan semua urusan aku. Amin. Risau sangat dengan dua orang ni. Semoga aku dan ayahnya boleh handle dua-dua malaikat kecil ni. Huhu.
Sejak adik lahir si abang nampak ketara sangat perubahannya. Dia lagi berdikari, bertanggungjawab. Wah budak 2 tahun 10 bulan cerita pasal tanggungjawab, tanggungjawab apa dia tahu??! Haha. Yelah maksudnya dia dah boleh disuruh-suruh macam buang pampers adik, ambil wet tisu, ambil kain adik bla bla bla. Boleh diharap la konsepnya. Walaupun semua tu kena ikut mood dia jugekk. Ada masa mood dia taknak. Mereput lah ummi tunggu benda yang disuruh sampai. Ada dia kesah?? Haha.
Adik pulak setakat 43 hari ni so far ok, alhamdulillah. Takde apa yang nak dirisaukan sangat. Takde apa-apa masalah. Harap terus ok, sihat membesar dengan baik dan kuat. Amin. Apa je yang dia tau selain susu, tido, yakyak, repeat. Hehehe. Harapnya dah balik umah nanti tetap okkkk je dia. Aminnnnnnn.
Ummi pulak dah sihat rasanya ni, boleh dah buat keje sikit-sikit. Sekolah dah cuti rupanya, lama sangat aku cuti sampai tak perasan dah cuti sekolah. Hahaha. Tapi aku rasa macam tak lama dah pulak nak naik sekolah. Aduiiii, tetiba risau nak tinggal ank kat orang. Hurmmmm. Dilemma mak-mak bekerjaya camni kot. :( Kalau lahh aku kaya, kompom tak payah keje, dok umah jaga anak je lagi bagus. Tapi apakan daya....
Semoga Allah dan para malaikat sentiasa melindungi anak-anakku. Amin Ya Rabbal Alamin.
Kesayangan-kesayangan ummi.
Ummi Dilemma