Monday, August 25, 2014

Raya 2014

Salam.

bukanlah pertama kali berblog. bukanlah baru. masih yg lama. url je diubah. yg dulu-dulu disimpan menjadi kenangan abadi dalam hati. huhu. pahit manis dunia blogging, walaupun dah lama menyepi, dunia blogging masih ada dalam hati, menjadi silent reader blog-blog kegemaran. 

oklah, untuk mula-mula ni aku nak share citer pasal raya. haha dah habis raya baru nak cerita pasal raya. habisss tak sempat plus bizi tak pun aku saja membizikan diri sendiri. ngeeeee. nak citer apa yang best raya tahun ni? mestilah best. sebab suami iols cuti. dapatlah beraya sakan walaupun tak sakan mana. tapi merasalah jugak 'raya' tu. kalau tahun lepas cinta hati Ahmad Aish ilham baru berusia 8 bulan, tahun ni raya dia dah setahun 7 bulan. lajulah dia meneroka seluruh pelosok rumah orang yang kitorang pegi beraya. huhuhu.

tahun ni raya dengan keluarga mertua belah kluang. seronok kumpul ramai-ramai dengan ipar duai. maklumlah family iols kecik, adik-adik pon belom kawen. nak meriah harapkan Aish tu jelah dok buat kepoh-kepoh suara dia tanya macam-macam. hahaha. 
alahai rindu pulak mokde dekat budak korea nih. lama lagi baru jumpa. senyum je dia yeee.. grrrr


ni geng mak-mak tapi kak long pulak takde, tak cukup korum lagi lah ni. huhu.

cucu-cucu bujang atok Kluang. 4 jelah setakat ni, insyaallah akan bertambah dari semasa ke semasa. kehkehkeh. cucu anak dara tak dapat nak ambil gambo, memasing moody. ada dua je pon gegirl buat masa ni. 


dgn mak pak metua. anak aku ada sikit emosi di situ, nampak nau dia tak berkenan kena pangku lelama tau. grrr

freestyle. big family.

ni formal sket. tema tahun ni purplelicious. tu yg beraneka jenis purple. 

dah bergambo sakan kitorang gerak balik kampung mak ngn pak metua kat Segamat. 
terimalahhh freestyle from Segamat. 

hahaha

husband cuti lama pulak tu kan, sama la dengan cuti sekolah, so apa lagi. jalan-jalan collect duit raya la Aish. seronok dia.. feeling beraya ada anak dengan sebelum ada anak memang berobah 100%. kalau dulu segala keperluan diri sendiri yang aku pikirkan dulu, tapi sejak ada Aish ni apa-apa hal dia punya mesti settle dulu. baju, kasut, sampin, songkok dan memacam lagilah. last-last baju aku sepasang je. huhuhu. takpelah anak punya pasal. 

oklah, sampai ketemu lagi. belom ada cerita sgt lagipun. bagi panas-panas enjin dulu. kehkehkeh.



akhir kata...



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

daripada

AHMAD AISH ILHAM & KELUARGA

No comments:

Post a Comment