Thursday, August 20, 2015

borak pagi

Assalammualaikum.

Hari ni kelas mula lambat sket. pukul 9 baru ada kelas. tapi perut tak sedap asyik meragam je. bukan tak sedap ape. tapi rasa sebu masuk angin. macam orang lambat makan. tp kalau digoogle katanya org mengandung ni memang 'rajin' nak kena sebu perut. ntahler. huhu.

rasa macam nak story pasal pengalaman mengandung kali kedua pulak. hahaha. ko bersalin pon belommm. tak pelah kita cerita takat paras 33 minggu ni jelah dulu ye. hihihihi. setakat ni alhamdulillah, sepanjang mengangdung anak kedua ni aku takde la rasa alahan teruk sangat ke apa. masih boleh makan. dan paling tak tahan aku tak boleh tak makan. jadi tak pelik la kalau berat sekarang cecah 70kg dari berat asal sebelum mengandung 55-56kg. marilah berhuhuhuhu.

bukan lah selera sangat. tapi aku tak boleh lapar atau lambat makan. mula la nk loya muntah bagai. haishhh. lepastu pulak gejala morning sickness aku dah bertukar jadi evening sickness. hihihi. asal balik koje je terus lembik. muntah. pening loya segala. berattttt je kepala. tapi masa kat sekolah ok je pulak. rasa pening lalat je. huhu. baby pon tau kot preggy kali ni ummi koje. tak macam masa Aish dl. tq baby. awak byk membantu 😊.

so perjalanan trimister 1 2 dan sekarang 3 semua ok. takde masalah apa. dan masalah kurang hb pon aku berjaya atasi preggy kali ni. yeayyy. tak perlu la nk dtg klinik 2 minggu skali masa awal mengandung. cuma sekarang je lah dah mula 2 mggu sekali. sebab perut dah makin membesarrrr.
tengah menghitung minggu menghitung hari. cuti sekolah 19 sept. ni aku terus bercuti. due 8 okt. doakan aku selamat bersalin ye dan baby sihat walafiat. aminnnn


love,
sha

Wednesday, August 19, 2015

Dilemma seorang ummi.

Assalammualaikum.

lama tak memceceh kat sini. sampai terlupa ada blog rupanya. huhu. sebab rasa macam perlu nak share sesuatu, maka bukalah balik blog berzaman tak dijengah ni. hurmmm.
macam berat bunyinya. tapi tak lah berat mana. cuma masalah dilemma. pening memikirkannya. huhu.

aku tengah serabut memikirkan pengasuh baby yang bakal lahir bulan 10 ni. huwaaaa 😢😢
sejujurnya, aku taknak lagi tinggal anak-anak aku kat kampung. aku nak diorang duduk dengan aku kat melaka ni. membesar depan mata aku. tak sanggup lagi rasanya berjauhan dengan anak. huhu. cukuplah 10 bulan berpisah dengan Aish, sebab awal-awal perpindahan aku ke melaka agak mengejut. aku macam tak sedia apa-apa. pity me! 😟

ok, berbalik soal pengasuh baby. aku memang tak kenal siapa-siapa yang mengasuh kat tempat aku tinggal sekarang ni. tambah-tambah pula ni bukan tempat asal aku. hukhukhuk. maka kerja google menggoogle, tanya bertanya, surver mensurvey pun berlaku. cuma masalahnya, aku ni spesis mak-mak yang risau tak tentu hala. suka prejudis. OMG!!. siapa tak prejudis kalau ko sering dimomokkan dengan pengasuh hard core! pengasuh kaki dera. pengasuh cuai. so whatever. dan sah-sah kita mak-mak ni nak yg terbaik kan? hurmmmm 😔😔

semoga ummi ayah dapat jumpa pengasuh yang terbaik untuk awak baby. amin ya rabbal al amin..
untuk Aish pulak, aku tak risau sangat. sebab dah plan nak hantar pergi tadika. walaupun rasa dia kecikkkkkk nau nau. tap tahun depan dah 4 tahun. even lahir bln 12. hukhuk. nasib la nakk awak orang hujung tahun. hihi. mujur laaa Aish ni jenis orang yg peramah, jenis boleh bawak diri (hope so). cuma. masalah di sini ialah, apa agaknya penerimaan Aish nanti bila tau dia kena pegi school pagi-pagi? kena bangun awal? keluar saing ummi sebelum pukul 7 pagi? huwaaaaaaaaa. ummi yang over protective memang sukeeeeee pikir benda-benda yang camni.

ummi doa banyak-banyak semoga Allah permudahkan semua urusan kita. lindungi anak-anak ummi dari segala kejahatan dan keburukan. aminnnnnnn ya Allah. 😳😳




ummi yang dilemma.