Thursday, August 20, 2015

borak pagi

Assalammualaikum.

Hari ni kelas mula lambat sket. pukul 9 baru ada kelas. tapi perut tak sedap asyik meragam je. bukan tak sedap ape. tapi rasa sebu masuk angin. macam orang lambat makan. tp kalau digoogle katanya org mengandung ni memang 'rajin' nak kena sebu perut. ntahler. huhu.

rasa macam nak story pasal pengalaman mengandung kali kedua pulak. hahaha. ko bersalin pon belommm. tak pelah kita cerita takat paras 33 minggu ni jelah dulu ye. hihihihi. setakat ni alhamdulillah, sepanjang mengangdung anak kedua ni aku takde la rasa alahan teruk sangat ke apa. masih boleh makan. dan paling tak tahan aku tak boleh tak makan. jadi tak pelik la kalau berat sekarang cecah 70kg dari berat asal sebelum mengandung 55-56kg. marilah berhuhuhuhu.

bukan lah selera sangat. tapi aku tak boleh lapar atau lambat makan. mula la nk loya muntah bagai. haishhh. lepastu pulak gejala morning sickness aku dah bertukar jadi evening sickness. hihihi. asal balik koje je terus lembik. muntah. pening loya segala. berattttt je kepala. tapi masa kat sekolah ok je pulak. rasa pening lalat je. huhu. baby pon tau kot preggy kali ni ummi koje. tak macam masa Aish dl. tq baby. awak byk membantu 😊.

so perjalanan trimister 1 2 dan sekarang 3 semua ok. takde masalah apa. dan masalah kurang hb pon aku berjaya atasi preggy kali ni. yeayyy. tak perlu la nk dtg klinik 2 minggu skali masa awal mengandung. cuma sekarang je lah dah mula 2 mggu sekali. sebab perut dah makin membesarrrr.
tengah menghitung minggu menghitung hari. cuti sekolah 19 sept. ni aku terus bercuti. due 8 okt. doakan aku selamat bersalin ye dan baby sihat walafiat. aminnnn


love,
sha

No comments:

Post a Comment