Tuesday, February 9, 2016

bersyukurlah.

dalam hidup ni. terlalu banyak perkara yang perlu kita syukuri. nikmat yang tak terhingga.

nikmat sihat.
nikmat keluarga.
nikmat bahagia.
nikmat harta benda.

tapi berapa ramai yang sedar? berapa ramai yang bersyukur? berapa ramai yang tak mengeluh bila ditimpa sedikit ujian?

manusia. mudah lupa.

nikmat yang Allah beri tak terkira banyaknya, itu pun masih terlalu ramai yang tak bersyukur. lagikan kebaikan sesama manusia.

pejam mata.

tarik nafas.

tahan.

lepas perlahan.

ucapkanlah Alhamdulillah.



senyum.

keempat.

tak sampai sebulan lagi. nak mencecah angka empat. rasa masih sama. macam tahun yang sebelum-sebelum.

tahun ni masih samakah? tiada yang istimewa.

umm.

mungkin hanya aku yang perasan. hanya aku yang rasa. mungkin.

usah dipikir. nanti sedih. diam. biarkan berlalu seperti biasa. sedih tak lama. nanti sembuh sendiri.

senyum.

:)

Friday, November 20, 2015

Permata Hati


permata hati ayah dan ummi.
sayang abang dan adik sangat-sangat dari dunia sampai akhirat.
Anak-anak soleh dan solehah ayh ummi. Aminn





Love,
ummi
^____^

Thursday, November 19, 2015

seorang ummi beranak dua.

Assalammualaikum.

Sejak anak dah dua ni dia punya sibukk kemainnnn. Walaupun hari ni dah hari ke 43 aku berpantang tapi aku rasa macam dah lama habis pantang. Ye bila anak dah dua ni kau tak boleh nak manjakan diri sangat yee. Mana yang terlarat kau kena buat. Anak memasing nak perhatian umminya. Harus la ummi tangan macam octopus. Huhu.

Sekarang ni masih lagi pantang kat umah mak. Tak tahu la macam mana keadaan nanti bila Ahad ni dah balik umah sendiri. Harap dipermudahkan semua urusan aku. Amin. Risau sangat dengan dua orang ni. Semoga aku dan ayahnya boleh handle dua-dua malaikat kecil ni. Huhu.

Sejak adik lahir si abang nampak ketara sangat perubahannya. Dia lagi berdikari, bertanggungjawab. Wah budak 2 tahun 10 bulan cerita pasal tanggungjawab, tanggungjawab apa dia tahu??! Haha. Yelah maksudnya dia dah boleh disuruh-suruh macam buang pampers adik, ambil wet tisu, ambil kain adik bla bla bla. Boleh diharap la konsepnya. Walaupun semua tu kena ikut mood dia jugekk. Ada masa mood dia taknak. Mereput lah ummi tunggu benda yang disuruh sampai. Ada dia kesah?? Haha.

Adik pulak setakat 43 hari ni so far ok, alhamdulillah. Takde apa yang nak dirisaukan sangat. Takde apa-apa masalah. Harap terus ok, sihat membesar dengan baik dan kuat. Amin. Apa je yang dia tau selain susu, tido, yakyak, repeat. Hehehe. Harapnya dah balik umah nanti tetap okkkk je dia. Aminnnnnnn.

Ummi pulak dah sihat rasanya ni, boleh dah buat keje sikit-sikit. Sekolah dah cuti rupanya, lama sangat aku cuti sampai tak perasan dah cuti sekolah. Hahaha. Tapi aku rasa macam tak lama dah pulak nak naik sekolah. Aduiiii, tetiba risau nak tinggal ank kat orang. Hurmmmm. Dilemma mak-mak bekerjaya camni kot. :( Kalau lahh aku kaya, kompom tak payah keje, dok umah jaga anak je lagi bagus. Tapi apakan daya....

Semoga Allah dan para malaikat sentiasa melindungi anak-anakku. Amin Ya Rabbal Alamin.


Kesayangan-kesayangan ummi.





Ummi Dilemma

Wednesday, October 14, 2015

Our Second Little Princess

Alhamdulillah.

malam jumaat 9 Oktober 2015 jam 1.54 pagi aku selamat melahirkan seorang baby girl seberat 3.5 kg dan panjang 50 cm.

nak cerita pengalaman bersalin kali kedua ni memang berbeza sangat dengan bersalinkan si abang. ok aku start kronologi bersalin princess terus la ye.

8 Oktober 2015
jam 1505

sebenarnya tarikh 8hb ni adalah due date aku. aku dah berdebarrr je baby taknak keluar lagi ke. abang dl ngam-ngam 39w dah keluar. ok takpe sabarrrr. dalam pada bersabar tu sebenarnya dah mula rasa sakit. tapi sakit yang tak kuat. masih relekkkk je lagi. aku pon dok kira bape kali contraction, sekerap mana akhirnya aku tak dapat bertahan. huhu

jam 1700

aku whatsapp husband tanya perlu ke pi hospital ni. sakit makin kerap. 15 minit sekali dalam durasi lebih kurang seminit dua sakitnya. husband tanya aku balik pulak nak pegi ke tak? hahaha. blur memasing. last-last aku cakap jap lagi lah. makin lama makin kuat semacammmmm je rasa ni, mak aku suruh mandi. lepas mandi tu rasa macam susah nak jalan. jalan je jap dah sakit perut semula. aku whatsapp husband lagi bagitau dia suruh balik. aku nak pi hospital.

jam 1930

masa ni tengah tunggu turn kat hospital, biasalah GH. lagi-lagi Hospital Melaka, mana pernah tak ramai tak sibuk. hanya yang ada tahap kesabaran yang tinggi je boleh bersalin kat Hospital Melaka. kira aku tergolong dalam golongan orang-orang yang sabar lah ni. hahahaha. tapi kali ni aku tunggu tak lama memandangkan kesakitan dah tahap yang agak kuat, belum sempat nama aku dipanggil aku dah panggil nurse dulu. bagitau dia aku sakit sangat ni, tadi dalam toilet ada spotting cekelat campur darah. ok, jom cek bukaan nurse kata. sekali nahhhh 6 cm terus. ok sedia ye puan jap lagi kita tolak masuk labor room. huhu. debar tak terkata. dalam hati doa cepatlahhh masa berjalan. tak sanggup tanggung sakit T___T

jam 0015

ni kemuncak kepada segala kesakitan yang aku rasa masa memula sampai hospital. masa ni aku dah mintak nurse panggil husband masuk. doktor pon dah pecahkan air ketuban. baby d ah berak sikit kat dalam, aku dah pikir janganlahhhhh jadi macam Aish. janganlah baby kena tahan kat nursery. huhuhu. aku? mengerang kesakitan lah apa lagi. husband nak pegang aku cakap jangan pegang, biar aku je pegang dia. haha. tiap kali nurse/doktor masuk aku tanya dah bape cm? boleh teran tak? mungkin jodoh aku dapat doktor india saje malam tu T__T bila tiba masa nak teran masalah pulak aku nak meneran. bidan cakap memula je aku pandai, lama-lama jadi hilang fokus. aku siap request gunting. haha. nurse bagitau nak gunting apenyee.. ni anak nombor dua. awak ada tenaga boleh teran. awak mesti boleh. baik betul nurse bidan tu.. huhu.

jam 0154

setelah berhempas pulas lebih kurang sejam nak meneran tak boleh tu, akhirnya princess aku pon dilahirkan. lahir-lahir terus menangis meraung, terkejutttt ummi dengan ayah. sebab abang Aish dulu kemain senyap takde bunyi langsung. tapi si adik tidak begituuu. hahaha. baby girl aku lahir pada malam jumaat yang hening, disambut oleh 3 orang nurse bidan sahaja, tanpa doktor. terima kasih sangat-sangat kat nurse-nurse tu sebab tak gunting macam yang aku mintak. kalau tak sampai sekarang aku tak boleh duduk normal agaknya. dah la lepas balik rumah aku kena rengat. mungkin sebab masuk angin dok tempat aircond lama sangat. huhuhuhu.

Alhamdulillah, Allah permudahkan bersalin anak kedua ni. aku tak menanggung sakit yang lama. sepasang dah. mungkin lepas ni  lamaaaaaaaaaaa lagi baru pikir nak menambah. kot-kot tak tambah terus,. hahahaha.

ok benti sini dulu. baby nanges nak syusyu dah tu.. daaaaaa



Monday, September 21, 2015

Sembang Mambang

Assalammualaikum.

selamat bersantai-santai bagi yang bercuti macam aku ni. kehkehkeh. takde cerita sangat pon yang nak di borakkan, cuma nak cakap sikit. susahnyeeee takde wifi nih. pakai data je bosan. sebab data ade kuota. kang kata je unlimited. tp lepas abis kuota lemmmmmm. haihhhh. wahai tm stremyx bilakah nak pacak tiang dekat taman saya niii. alasan? taman baru. pfttttt.

ok dah. membebel pulak dia. haha. eh lusa raya haji? ok nampak sgt mcm tak amik tau. sebab dok memikir si kecik bila nak keluar. hehe. kemon la baru 37 minggu beb. org len perggy smpai 40 minggu relekkkkkk jeee. what?? 40 minggu?? no no baby, ummi harap awak keluar awal ye. huhu.

plan kali ni sama jugak. bersalin kat melaka. pantang dekat kampung. bukan apa. sebab dah biasa dengan bidan kampung tu. dia urut sedappp. lagi pun pakej urut dia 5x sekali ubat-ubat jamu tu harga masih sama walaupun 3 tahun lepas dah berlalu. terbaik lah makcik. 👍👍

so aku tak payah nak pening pikir apa jamu nak beli nak makan. telan jelah ubat yg makcik tu sediakan. hihi. tapi aku beli jugak set bersalin TANAMERA tu. bukan apa, saja nak try. tapi set ni lebih kepada pilis, param, herba mandian, teh, minyak urut sume. takde yang nak kena makan sgt. so boleh la guna dgn jamu makan makcik bidan aku tu.

ok lah, lenguh plak rasa duduk lelama. nak baring melayan si bujang kecik ni pulak. sambil-sambil meluruskan pinggang. betol la kata org, preggy anak kedua tak sekuat preggy anak pertama. kiranya daya tahan badan dah berubah kot. agaknyee. kenfaktor umur? dasar dh tuaa. hahahaha

ok bye2. sembang lain kali.



Sunday, September 20, 2015

37w5d

Assalammualaikum.

haari ni dah masuk 37 minggu 5 hari aku mengandungkan baby ni. dah mula la aku menghitung hari bila baby nak keluar. nervous? mestilahhh. ni pengalaman kedua kot. kalau dulu belum penah rasa macam takut tak takut gitu. tapi kali ni dah penah rasa. huwaaa. semoga Allah permudahkan semuanya. ameen.

hari-hari aku doa, cakap kat baby kalau nak keluar tunggu atok datang sini nanti. bukan apa, sian abg aish nanti kalau ummi dh nak bersalin ngn ayah lagi bizi ke hulu ke hilir nanti. sekurang-kurangnya atok boleh tengokkan abg aish. huhu.

seronok rasanya dah start cuti. oh ya, sekolah skrg mmg tgh cuti utk pertengahan penggal ke2. tapi special bagi aku sebab aku cuti sampai awal tahun depan. hekhekhek. ni kes cuti bersalin sekali la. pandai tak bajet cuti? kehkehkeh

so, dah mula cuti ni memang masa dihabiskan kat rumah jela. jadi suri rumah sepenuh masa. sambil-sambil melayan si bujang sorang dgn mengira-ngira waktu nak bersalin. huhu. doakan aku ye. semiga di permudahkan semuanya, baby dgn aku sihat. amenn.

bye.