Ok, kali ni aku nak share pasal holiday kitorang yang baru je lepas. Pergi dekat-dekat je, sekarang kan masih PKPP, so pergerakan tu macam masih lagi terhad. Dengan nak jaga SOP nya bagaii. Tapi ok la kan, salkan tido hotel dengan mandi kolam je anak-anak dah happy. Anak ceria ummi gembira. Giteww.
so, kitorang pilih untuk stay kat Corus Paradise Resort ni, tengok review oklaa. So far untk bilik aku bagi 2 bintang jelah. Huhuhu.
Tengok, budak-budak pon patuh arahan suruh pakai mask, diorang pakai je. Yang payah dengar kata ni orang tua je.
Kitorang sampai malam. Padahal bukan jauh pon Melaka-PD. Tapi sebab hari tu masih lagi belum cuti sekolah jadi jalan petang tu masih bizi. Pepaham jelah Melaka dan traffic light berpisah tiada. Huhuhu. Sampai dalam lebih kurang pukul 8 lebih macam tu. Perut pon dah kenyang, so kitorang check in dan lepak kat bilik jelah malam tu. Budak-budak pon penat baru balik sekolah.
lepas je sarapan masing-masing dah tak sabar dah. Padahal kolam renang tu pukul 9 pagi baru buka. Masing-masing dah standby tunggu tak menyabar. Satu yang aku puji hotel ni, sangat patuh SOP. Mandi kolam terhad untuk 20 orang je dalam tempoh masa 30 minit setiap sorang. Berendam lah mereka sambil dilayan apaknya, kali ni aku macam malas plak nak join mandi kolam sana. Sebab ape tah. Macam tak menepati cita rasa kot kolamnya. Hahaha. Demand ko ye.
Lepas mandi, masing-masing kepenatan dan kebuluran. Dah kenyang semua dah bilas badan tido lah mereka beramai-ramai. Petang tu nak ke PD Ostrich & Pet Show Farm.
Hadoi, lama dah sis tak buat kerja-kerja meletak watermark kat gambar-gambar ni. Letih pulak, tapi tak mengapalah. Sebab dah separuh jalan takkan nak tinggal aje pulak. Marilah sambung.
So, gambar-gambar yang kat atas tu suasana di Ostrich Farm tu. Ada bagi makan kambing, bagi makan ostrich, bagi makan kuda, lembu dan macam-macam lagi pets yang mesra kanak-kanak. Ala, kalau kau duduk kampung tu bersepah aje binatang-binatang ni tepi jalan. Tapi sebab kau duduk agak-agak kawasan urban katanya, maka susahlah anak kau nak jumpa bintang-binatang ni. Tu yang jumpa kambing, bagi makan lembu pon excited tu. Muahahaha. Sian anak aku. Hahaha.
Kat sini je dah berjam, konon-konon nak terus pergi yang 3D Art Alive tu. Tapi tengok diorang ni mcm dah kepenatan. Jadi kita batalkan lah program hari tu, kita tangguh keesokkan harinya aje. Dah, jom balik bilik. Tido.
Ni port kitorang makan malam hari kedua tu. Kat Warong Salai. Kitorang taj orer menu lain selain dari masakan lemak cili api diorang. jadi taak tau lah kan rasa masakan yang lain. Setakat yang kitorang makan daging salai masak lemak cili api diorang sedap. Aku bagi 4 bintang. Kurang 1 bintang sebab lambat sikit. Orang tak ramai pon. Huhu.
Hari ketiga, kitorang check out. Sebelum balik Melaka, kitorang pergi tempat yang tak jadi pergi semalam tu. 3D Art Museum Gallery. Kitorang add on sekali Wild West Cowboy Indoor Theme Park. total harga untuk 4 orang, Airis tak kira sebab kecik lagi, dalam RM140.
kat 3D Art Gallery ni Aish je main peranan, Anis dan Airis masing-masing buat hal. Merajuk, menangis bagai. Stress makkk.
Settle semua kitorang terus gerak balik Melaka. Budak-budak dan mak budak pon kepenatan, tido tak sedar apa dalam kereta. Apaknya je drive sorang-sorang. Tau-tau sampai umah. Hihihi.
ok, sampai ketemu lagi next time. Byeee.
















No comments:
Post a Comment