Friday, August 24, 2018

Pengalaman C-Section

Assalammualaikum.

Lama sudah tak bersiaran. Lastu tu hari bagitau memula test positif mengandung no 3. Nau nau dah bersalin pon. Hahaha. Nampak rajin sangat di situ. Ok, straight foward. kali ni nak share pengalaman bersalin secara Czer. ohmakkauuu. tak pernah terlintas di hati ini nak dipotong perut bila beranak. tapi nak buat camne. dah tertulis aku kena bersalin secara ikut tingkap kali ni. redha jelah. huhuhu.

Kisah bermula bila aku dah lewat dari tarikh jangkaan bersalin. sepatutnya ikut EDD aku dijangka bersalin 25 Mac 2018 tapi sehari ke sehari takde tanda-tanda langsung yang baby nak keluar. bertuah kan. sihat walafiat je aku. masih relek cergas ke sana ke mari. tambah-tambah lak aku memang tak ambil cuti awal. gagah jugak la memanjat tangga 3 4 tingkat kat sekolah tu. orang lain yang tengok yang seram dengan perut aku pastu sume orang ingat aku mengandung kembar. nampak nau perut besar. hahaha.

ok, last check up 26 Mac 2018 kat Klinik Kesihatan (KK). Doktor bagi tarikh refer hospital 30 Mac 2018 tu kalau masih takde tanda-tanda nak bersalin lagi. Aku pikir akan ada lah tanda sebelum kena serah diri tu. tapi non hadooo. baby tetapp seronok dok dalam perut lelama. maka, pergilah aku ke hospital 30hb tu. sampai je labour room. macam biasa lah kan kena seluk, ctg & scan. doc ckp baby ok, air ketuban cukup dan jalan pon bru 1.5cm. doc bagi pilihan, nak stay kat wad esok (31hb) baru induce atau balik rumah. opkos lah aku pilih balik rumah. hahaha. doc suruh datang balik 31hb dan induce 1 April.

macam-macam perasaan ada. tambah-tambah lagi laaa dengar pengalaman orang lain yang induce sakit namateyyyy. berhuhuhuhuu jelah aku mampunya ponnn. berserah sepenuhnya kepada Allah. 31hb aku datang hospital dengan belum ada tanda-tanda nak bersalin. akhirnya aku ditahan wad. bermalam lah aku kat wad 31hb tu dengan perasaan bercampur baur. tambah-tambah lagi datang hospital dengan tak sakit tak apa. ko ghaseee???

dipendekkan cerita. aku bagi kronologi induce lah senang. hahaha

1 April 2018
12.00 tengah hari

masa ni aku tengah mandi. tetiba akak katil sebelah aku jerit dari luar. "Shiraaaa.. nanti lepas mandi nurse suruh buat CTG lepas tu baru pergi labour room.. inducee" aku dengar rasa nak tercabut jantung. huhuhuu. nebessss sehhh.

1.15 petang

masa ni dah dalam labour room. ada 2 doktor dan 2 nurse. doktor dua2 tu lelaki. huhuhu. dia cek jalan. masih 2 cm. lalu ubat untuk induce pon dimasukkan  di serviks. masa ni aku dah stand by untuk rasa sakit tu. hahahaha. tapi, non hadooo. aku masih tak sakit. masih sempat lagi berbalas whatsapp dengan geng-geng aku. tanpa rasa sakit langsung. hahaha. aku pon pelik. tapi doktor cakap tak pelik. ada orang smpai 3x induce pon masih tak rasa sakit. aku dah terpikir. adakah aku salah sorang tu?? hahaha.

3.15 petang

dah lebih 2 jam aku masih tak sakit last-last nurse buat CTG lagi sekali nak cek jantung baby. alhamdulillah. bacaan jantung baby cantik. doktor masuk sekali lagi. ukul 7.00 nanti kita masuk ubat kali ke2.

7.30 petang - 10 malam

doktor masukkan ubat induce kali ke2. dalam sejam lepas ubat dimasukkan barulah terasa sakit. makin lama makin kuat. akhirnya 10 minit 2 kali contraction yang kuat. aku panggil nurse kalau-kalau nurse nak tolong cek jalan. nurse pon cek jalan dah bukak 4 cm. Alhamdulillah. doktor yang induce aku tu pon masuk dia pecahkan air ketuban semua. yang tak bestnya baby dah berak walaupun baru 4 cm. maybe baby stress. lagi satu doktor cakap baby dah matang sebab dah 41 minggu dalam perut. doktor suruh panggil suami masuk. sebab aku kena emergency czer malam tu jugak. rasa gelap mata sekejap.

aku ni penakut. lagi-lagilah bila dapat tau nak kena belah bagai. adudududuuu. rasa nyawa di hujung tanduk. huhuhuhu. tapi demi baby. aku berserah ajelah

11.47 malam

akhirnya, baby girl selamat dilahirkan secara c-section. alhamdulillah.
.
.
.
.
pengalaman pertama melalui major operation memang takkan dapat dilupakan. akan dikenang sampai bila-bila. untuk orang yang penakut macam aku ni memang rasa taubat nasuha lah. hahahahaha. tp nak cakap tutup kilang tu tak boleh gak la kan. sebab muda lagi. tp buat masa ni maripah kita membesarkan 3 ketul yg ada ni dulu. hihihihi. mak is seremmmmm benonyaa.
😂😂😂

oklah, itu saja nak share tentang pengalaman lahirkan baby Airis Nayla ni. maksud nama dia, BUNGA YANG ISTIMEWA
.
.
.
AIRIS - BUNGA
NAYLA - YANG ISTIMEWA

❤️

Friday, January 6, 2017

2.0.1.7

Bismillah...

Semoga tahun ini memberikan segala kebaikan untukku dan keluargaku. Dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat ku. Jadikan aku hambaMu yang taat kepada perintahMu dan meninggalkan semua laranganMu.

Mimpi apakah, tiba-tiba jeee nak update blog ni. Haha. Saje sebenarnya nak tengak berfungsi lagi ke tidak blog aku ni. Nak cerita apa pun tak tau. Tapi sebab baru jee masuk tahun 2017 so aku nak try la rerajin kan diri update. Tapi kalau rajin laaa. Kalauuu. Hahaha

Paling aktif berblog ni tahun 2010, zaman study. Yelah student. Apa jelah yang student sibukkan sangat masa tu. Paling-paling pening dengan assignment, kuliah, paperwork, dan praktikum. Tu jelah, banyak betul masa terluang yee. Ko pikir diri ko je kan. Bukan ada nak pikir nak masak apa, anak nak kena jaga, suami nak kena layan. Ahahahahaha. Tapi sekarang tidak lagi yee. 60% komitmen untuk family dan 40% untuk kerja. Gituuu.  Hahaha

Anak dah dua kemalasan dengan benda gini dah meningkat 20 kali ganda. Ok, takde apa nak cerita lagi. Sebelum terlambat nak wish jugak Happy New Year 2017. Semoga kita semua berada di bawah lindungan yang maha esa. Dan hajat 2017 dimakbulkan. Aminnn.



Nah, belanja gambar tuan tanah sekeluarga dulu. Hihi


Bye! 


Tuesday, February 9, 2016

bersyukurlah.

dalam hidup ni. terlalu banyak perkara yang perlu kita syukuri. nikmat yang tak terhingga.

nikmat sihat.
nikmat keluarga.
nikmat bahagia.
nikmat harta benda.

tapi berapa ramai yang sedar? berapa ramai yang bersyukur? berapa ramai yang tak mengeluh bila ditimpa sedikit ujian?

manusia. mudah lupa.

nikmat yang Allah beri tak terkira banyaknya, itu pun masih terlalu ramai yang tak bersyukur. lagikan kebaikan sesama manusia.

pejam mata.

tarik nafas.

tahan.

lepas perlahan.

ucapkanlah Alhamdulillah.



senyum.

keempat.

tak sampai sebulan lagi. nak mencecah angka empat. rasa masih sama. macam tahun yang sebelum-sebelum.

tahun ni masih samakah? tiada yang istimewa.

umm.

mungkin hanya aku yang perasan. hanya aku yang rasa. mungkin.

usah dipikir. nanti sedih. diam. biarkan berlalu seperti biasa. sedih tak lama. nanti sembuh sendiri.

senyum.

:)

Friday, November 20, 2015

Permata Hati


permata hati ayah dan ummi.
sayang abang dan adik sangat-sangat dari dunia sampai akhirat.
Anak-anak soleh dan solehah ayh ummi. Aminn





Love,
ummi
^____^

Thursday, November 19, 2015

seorang ummi beranak dua.

Assalammualaikum.

Sejak anak dah dua ni dia punya sibukk kemainnnn. Walaupun hari ni dah hari ke 43 aku berpantang tapi aku rasa macam dah lama habis pantang. Ye bila anak dah dua ni kau tak boleh nak manjakan diri sangat yee. Mana yang terlarat kau kena buat. Anak memasing nak perhatian umminya. Harus la ummi tangan macam octopus. Huhu.

Sekarang ni masih lagi pantang kat umah mak. Tak tahu la macam mana keadaan nanti bila Ahad ni dah balik umah sendiri. Harap dipermudahkan semua urusan aku. Amin. Risau sangat dengan dua orang ni. Semoga aku dan ayahnya boleh handle dua-dua malaikat kecil ni. Huhu.

Sejak adik lahir si abang nampak ketara sangat perubahannya. Dia lagi berdikari, bertanggungjawab. Wah budak 2 tahun 10 bulan cerita pasal tanggungjawab, tanggungjawab apa dia tahu??! Haha. Yelah maksudnya dia dah boleh disuruh-suruh macam buang pampers adik, ambil wet tisu, ambil kain adik bla bla bla. Boleh diharap la konsepnya. Walaupun semua tu kena ikut mood dia jugekk. Ada masa mood dia taknak. Mereput lah ummi tunggu benda yang disuruh sampai. Ada dia kesah?? Haha.

Adik pulak setakat 43 hari ni so far ok, alhamdulillah. Takde apa yang nak dirisaukan sangat. Takde apa-apa masalah. Harap terus ok, sihat membesar dengan baik dan kuat. Amin. Apa je yang dia tau selain susu, tido, yakyak, repeat. Hehehe. Harapnya dah balik umah nanti tetap okkkk je dia. Aminnnnnnn.

Ummi pulak dah sihat rasanya ni, boleh dah buat keje sikit-sikit. Sekolah dah cuti rupanya, lama sangat aku cuti sampai tak perasan dah cuti sekolah. Hahaha. Tapi aku rasa macam tak lama dah pulak nak naik sekolah. Aduiiii, tetiba risau nak tinggal ank kat orang. Hurmmmm. Dilemma mak-mak bekerjaya camni kot. :( Kalau lahh aku kaya, kompom tak payah keje, dok umah jaga anak je lagi bagus. Tapi apakan daya....

Semoga Allah dan para malaikat sentiasa melindungi anak-anakku. Amin Ya Rabbal Alamin.


Kesayangan-kesayangan ummi.





Ummi Dilemma