Sunday, August 23, 2020

Port Dickson August 2020

Assalammualaikum. Lamanya rasa tak menjengah blog ni. Lama sangat-sangat. Tulah, rindu tu ada, tapi nak menulis tu tak jumpa-jumpa jalannya. Hehehe.

Ok, kali ni aku nak share pasal holiday kitorang yang baru je lepas. Pergi dekat-dekat je, sekarang kan masih PKPP, so pergerakan tu macam masih lagi terhad. Dengan nak jaga SOP nya bagaii. Tapi ok la kan, salkan tido hotel dengan mandi kolam je anak-anak dah happy. Anak ceria ummi gembira. Giteww.


so, kitorang pilih untuk stay kat Corus Paradise Resort ni, tengok review oklaa. So far untk bilik aku bagi 2 bintang jelah. Huhuhu.


Tengok, budak-budak pon patuh arahan suruh pakai mask, diorang pakai je. Yang payah dengar kata ni orang tua je. 


Kitorang sampai malam. Padahal bukan jauh pon Melaka-PD. Tapi sebab hari tu masih lagi belum cuti sekolah jadi jalan petang tu masih bizi. Pepaham jelah Melaka dan traffic light berpisah tiada. Huhuhu. Sampai dalam lebih kurang pukul 8 lebih macam tu. Perut pon dah kenyang, so kitorang check in dan lepak kat bilik jelah malam tu. Budak-budak pon penat baru balik sekolah. 



lepas je sarapan masing-masing dah tak sabar dah. Padahal kolam renang tu pukul 9 pagi baru buka. Masing-masing dah standby tunggu tak menyabar. Satu yang aku puji hotel ni, sangat patuh SOP. Mandi kolam terhad untuk 20 orang je dalam tempoh masa 30 minit setiap sorang. Berendam lah mereka sambil dilayan apaknya, kali ni aku macam malas plak nak join mandi kolam sana. Sebab ape tah. Macam tak menepati cita rasa kot kolamnya. Hahaha. Demand ko ye.

Lepas mandi, masing-masing kepenatan dan kebuluran. Dah kenyang semua dah bilas badan tido lah mereka beramai-ramai. Petang tu nak ke PD Ostrich & Pet Show Farm. 





Hadoi, lama dah sis tak buat kerja-kerja meletak watermark kat gambar-gambar ni. Letih pulak, tapi tak mengapalah. Sebab dah separuh jalan takkan nak tinggal aje pulak. Marilah sambung.

So, gambar-gambar yang kat atas tu suasana di Ostrich Farm tu. Ada bagi makan kambing, bagi makan ostrich, bagi makan kuda, lembu dan macam-macam lagi pets yang mesra kanak-kanak. Ala, kalau kau duduk kampung tu bersepah aje binatang-binatang ni tepi jalan. Tapi sebab kau duduk agak-agak kawasan urban katanya, maka susahlah anak kau nak jumpa bintang-binatang ni. Tu yang jumpa kambing, bagi makan lembu pon excited tu. Muahahaha. Sian anak aku. Hahaha.

Kat sini je dah berjam, konon-konon nak terus pergi yang 3D Art Alive tu. Tapi tengok diorang ni mcm dah kepenatan. Jadi kita batalkan lah program hari tu, kita tangguh keesokkan harinya aje. Dah, jom balik bilik. Tido.


Ni port kitorang makan malam hari kedua tu. Kat Warong Salai. Kitorang taj orer menu lain selain dari masakan lemak cili api diorang. jadi taak tau lah kan rasa masakan yang lain. Setakat yang kitorang makan daging salai masak lemak cili api diorang sedap. Aku bagi 4 bintang. Kurang 1 bintang sebab lambat sikit. Orang tak ramai pon. Huhu.


Hari ketiga, kitorang check out. Sebelum balik Melaka, kitorang pergi tempat yang tak jadi pergi semalam tu. 3D Art Museum Gallery. Kitorang add on sekali Wild West Cowboy Indoor Theme Park. total harga untuk 4 orang, Airis tak kira sebab kecik lagi, dalam RM140. 






kat 3D Art Gallery ni Aish je main peranan, Anis dan Airis masing-masing buat hal. Merajuk, menangis bagai. Stress makkk.



Settle semua kitorang terus gerak balik Melaka. Budak-budak dan mak budak pon kepenatan, tido tak sedar apa dalam kereta. Apaknya je drive sorang-sorang. Tau-tau sampai umah. Hihihi.


ok, sampai ketemu lagi next time. Byeee.



Friday, September 27, 2019

PT3 2019

berbaki dua hari saja lagi PT3 akan berlangsung. tahun ni tahun pertama subjek Geografi ada ujian bertulis. maksudnya tahun ni ada kertas Geografi yang perlu dijawab dalam dewan peperiksaan. ohmyyyy...

selaku cikgu yang mengajar 2 kelas Geografi tingkatan 3 haruslah aku risai 40x ganda. tiou kalau aku tak risau. tahun pertama selalu dijadikan kayu pengukur. 

harap sangat anak-anak muridku diterangkan hati, dimudahkan cara dan ditajamkan fikirannya untuk menjawab soalan dengan tenang.

tak lupa juga untuk subjek BM, ni tahun ke 2 aku ajar BM tingkatan 3. setakat ni murid-muridku menunjukkan peningkatan. mana taknya. dari tingkatan 1 diorg menghadap muka aku. hahaha.

dan, sewaktu PT3 nanti aku akan bertugas selaku pengawas peperiksaan. semoga yang baik-baik sahaja semasa peperiksaan nanti.

aminnn. 

Goodluck semua!!! ❤️

Friday, September 21, 2018

Bebel skett

Assalamualaikum.

Lama rasanya tak mebebel kat sini, kalau ada pun datang singgah kejap-kejap tepek 2 3 keping gambar. Tinggal. Rasa macam nak share sesuatu, tapi tak tau nak mula macam mana. Semuanya pasal cara mendidik anak-anak.

Setiap orang ada cara yang berbeza-beza mendidik anak masing-masing. Lagi-lagi zaman media sosial ni, maka berbondong-bondong lah para ibu bapa berkongsi teknik/cara didikan yang betul (bagi diorang lah) dgn netizen. Ok, point dia kat sini, aku bukan nak kritik ke apa. Tapi kadang-kadang aku tgk yg post tu anak baru sorang. Pulak tu baru setahun lebih. Sekolah pon belum. Gayanya macam org dulu-dulu yang anaknya dah berderet. 🤷‍♀️

Aku tak kisah kalau kau nak share 'tips' kau tu. Baguslah. Bertukar-tukar pendapat (yeke?) tapi yg buat aku kisah bila mana, kau pertikai cara didikan parents lain. Contohnya, kalau kau jenis mak bapak paranoid yg anaknya langsung tak boleh sentuh jajan, lepas tu kau anggap parents yg bagi anak makan jajan sbg parents yg gagal. Yang pada kau parents tu tak sayang anak. Excuse me?! Kau dulu kecik-kecik tak makan jajan ke? Boleh tu pulak kau cakap 'biar mama yg makan jajan tu' eh eh, ni ketam mengajar anak berjalan ni. Kalau dah kau kata tak boleh, kau pon sepatutnya tak boleh makan. Baru lah adil dan berjaya cara kau tu kan?

Itu satu hal.

Ada hal lain, pasal penggunaan gajet khususnya handphone. Dalam zaman serba canggih ni, budak-budak yang lahir tahun 2010 dan ke atas memang lahir-lahir dah jumpa gajet depan mata. Mana tak nya, lahir je terus disuakan handphone depan muka, nak ambil gambar  Post FB, IG, What's App, dll. Macam mana kita nak elak anak tak terdedah dengan benda gini  Nabi pon penah bagitau, didiklah anak mengikut zamannya. Jadi, bukan tak boleh bagi anak gajet. Parents kenalah pantau. Bukan bagi kebebasan kat anak dgn handphone 24/7.

Anak kita, kita yang mencorakkannya.

So, mana-mana ibu bapa moden. Tolonglah jangan triggered sangat. Tak semua orang boleh ikut cara kita. Anak kita tak semestinya sama dengan ank orang lain.

Tepuk dada, tanya selera.

Bye.


Monday, September 17, 2018

Buah Hati Pengarang Jantung

Harta ummi dunia dan akhirat. 

semoga anak-anak ummi membesar dgn sihat, sentiasa dilindungi Allah, ditetapkan iman dlm hatinya. 
jadi manusia berguna utk agama, keluarga dan negara. amin.

doa ummi sentiasa mengiringi langkah kalian. 

❤️





Love, 
Ummi. 

Friday, August 24, 2018

Pengalaman C-Section

Assalammualaikum.

Lama sudah tak bersiaran. Lastu tu hari bagitau memula test positif mengandung no 3. Nau nau dah bersalin pon. Hahaha. Nampak rajin sangat di situ. Ok, straight foward. kali ni nak share pengalaman bersalin secara Czer. ohmakkauuu. tak pernah terlintas di hati ini nak dipotong perut bila beranak. tapi nak buat camne. dah tertulis aku kena bersalin secara ikut tingkap kali ni. redha jelah. huhuhu.

Kisah bermula bila aku dah lewat dari tarikh jangkaan bersalin. sepatutnya ikut EDD aku dijangka bersalin 25 Mac 2018 tapi sehari ke sehari takde tanda-tanda langsung yang baby nak keluar. bertuah kan. sihat walafiat je aku. masih relek cergas ke sana ke mari. tambah-tambah lak aku memang tak ambil cuti awal. gagah jugak la memanjat tangga 3 4 tingkat kat sekolah tu. orang lain yang tengok yang seram dengan perut aku pastu sume orang ingat aku mengandung kembar. nampak nau perut besar. hahaha.

ok, last check up 26 Mac 2018 kat Klinik Kesihatan (KK). Doktor bagi tarikh refer hospital 30 Mac 2018 tu kalau masih takde tanda-tanda nak bersalin lagi. Aku pikir akan ada lah tanda sebelum kena serah diri tu. tapi non hadooo. baby tetapp seronok dok dalam perut lelama. maka, pergilah aku ke hospital 30hb tu. sampai je labour room. macam biasa lah kan kena seluk, ctg & scan. doc ckp baby ok, air ketuban cukup dan jalan pon bru 1.5cm. doc bagi pilihan, nak stay kat wad esok (31hb) baru induce atau balik rumah. opkos lah aku pilih balik rumah. hahaha. doc suruh datang balik 31hb dan induce 1 April.

macam-macam perasaan ada. tambah-tambah lagi laaa dengar pengalaman orang lain yang induce sakit namateyyyy. berhuhuhuhuu jelah aku mampunya ponnn. berserah sepenuhnya kepada Allah. 31hb aku datang hospital dengan belum ada tanda-tanda nak bersalin. akhirnya aku ditahan wad. bermalam lah aku kat wad 31hb tu dengan perasaan bercampur baur. tambah-tambah lagi datang hospital dengan tak sakit tak apa. ko ghaseee???

dipendekkan cerita. aku bagi kronologi induce lah senang. hahaha

1 April 2018
12.00 tengah hari

masa ni aku tengah mandi. tetiba akak katil sebelah aku jerit dari luar. "Shiraaaa.. nanti lepas mandi nurse suruh buat CTG lepas tu baru pergi labour room.. inducee" aku dengar rasa nak tercabut jantung. huhuhuu. nebessss sehhh.

1.15 petang

masa ni dah dalam labour room. ada 2 doktor dan 2 nurse. doktor dua2 tu lelaki. huhuhu. dia cek jalan. masih 2 cm. lalu ubat untuk induce pon dimasukkan  di serviks. masa ni aku dah stand by untuk rasa sakit tu. hahahaha. tapi, non hadooo. aku masih tak sakit. masih sempat lagi berbalas whatsapp dengan geng-geng aku. tanpa rasa sakit langsung. hahaha. aku pon pelik. tapi doktor cakap tak pelik. ada orang smpai 3x induce pon masih tak rasa sakit. aku dah terpikir. adakah aku salah sorang tu?? hahaha.

3.15 petang

dah lebih 2 jam aku masih tak sakit last-last nurse buat CTG lagi sekali nak cek jantung baby. alhamdulillah. bacaan jantung baby cantik. doktor masuk sekali lagi. ukul 7.00 nanti kita masuk ubat kali ke2.

7.30 petang - 10 malam

doktor masukkan ubat induce kali ke2. dalam sejam lepas ubat dimasukkan barulah terasa sakit. makin lama makin kuat. akhirnya 10 minit 2 kali contraction yang kuat. aku panggil nurse kalau-kalau nurse nak tolong cek jalan. nurse pon cek jalan dah bukak 4 cm. Alhamdulillah. doktor yang induce aku tu pon masuk dia pecahkan air ketuban semua. yang tak bestnya baby dah berak walaupun baru 4 cm. maybe baby stress. lagi satu doktor cakap baby dah matang sebab dah 41 minggu dalam perut. doktor suruh panggil suami masuk. sebab aku kena emergency czer malam tu jugak. rasa gelap mata sekejap.

aku ni penakut. lagi-lagilah bila dapat tau nak kena belah bagai. adudududuuu. rasa nyawa di hujung tanduk. huhuhuhu. tapi demi baby. aku berserah ajelah

11.47 malam

akhirnya, baby girl selamat dilahirkan secara c-section. alhamdulillah.
.
.
.
.
pengalaman pertama melalui major operation memang takkan dapat dilupakan. akan dikenang sampai bila-bila. untuk orang yang penakut macam aku ni memang rasa taubat nasuha lah. hahahahaha. tp nak cakap tutup kilang tu tak boleh gak la kan. sebab muda lagi. tp buat masa ni maripah kita membesarkan 3 ketul yg ada ni dulu. hihihihi. mak is seremmmmm benonyaa.
😂😂😂

oklah, itu saja nak share tentang pengalaman lahirkan baby Airis Nayla ni. maksud nama dia, BUNGA YANG ISTIMEWA
.
.
.
AIRIS - BUNGA
NAYLA - YANG ISTIMEWA

❤️

Friday, January 6, 2017

2.0.1.7

Bismillah...

Semoga tahun ini memberikan segala kebaikan untukku dan keluargaku. Dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat ku. Jadikan aku hambaMu yang taat kepada perintahMu dan meninggalkan semua laranganMu.

Mimpi apakah, tiba-tiba jeee nak update blog ni. Haha. Saje sebenarnya nak tengak berfungsi lagi ke tidak blog aku ni. Nak cerita apa pun tak tau. Tapi sebab baru jee masuk tahun 2017 so aku nak try la rerajin kan diri update. Tapi kalau rajin laaa. Kalauuu. Hahaha

Paling aktif berblog ni tahun 2010, zaman study. Yelah student. Apa jelah yang student sibukkan sangat masa tu. Paling-paling pening dengan assignment, kuliah, paperwork, dan praktikum. Tu jelah, banyak betul masa terluang yee. Ko pikir diri ko je kan. Bukan ada nak pikir nak masak apa, anak nak kena jaga, suami nak kena layan. Ahahahahaha. Tapi sekarang tidak lagi yee. 60% komitmen untuk family dan 40% untuk kerja. Gituuu.  Hahaha

Anak dah dua kemalasan dengan benda gini dah meningkat 20 kali ganda. Ok, takde apa nak cerita lagi. Sebelum terlambat nak wish jugak Happy New Year 2017. Semoga kita semua berada di bawah lindungan yang maha esa. Dan hajat 2017 dimakbulkan. Aminnn.



Nah, belanja gambar tuan tanah sekeluarga dulu. Hihi


Bye!