Friday, September 27, 2019

PT3 2019

berbaki dua hari saja lagi PT3 akan berlangsung. tahun ni tahun pertama subjek Geografi ada ujian bertulis. maksudnya tahun ni ada kertas Geografi yang perlu dijawab dalam dewan peperiksaan. ohmyyyy...

selaku cikgu yang mengajar 2 kelas Geografi tingkatan 3 haruslah aku risai 40x ganda. tiou kalau aku tak risau. tahun pertama selalu dijadikan kayu pengukur. 

harap sangat anak-anak muridku diterangkan hati, dimudahkan cara dan ditajamkan fikirannya untuk menjawab soalan dengan tenang.

tak lupa juga untuk subjek BM, ni tahun ke 2 aku ajar BM tingkatan 3. setakat ni murid-muridku menunjukkan peningkatan. mana taknya. dari tingkatan 1 diorg menghadap muka aku. hahaha.

dan, sewaktu PT3 nanti aku akan bertugas selaku pengawas peperiksaan. semoga yang baik-baik sahaja semasa peperiksaan nanti.

aminnn. 

Goodluck semua!!! ❤️

No comments:

Post a Comment