Sunday, January 4, 2015

Aish Turning Two!

Diam tak diam dah 2 tahun aku lahirkan aish. dia pon tengah membesar bagaikan juara. alhamdulillah, syukur sangat tengok anak sihat, aktif, dan cerdik macam ni. aish lahir bulan 12. so dia sambut besday lewat sket berbanding rakan-rakan seusianya yg lain. muda gitewww. hihihi.

tahun ni tak ada sambutan besar-besaran macam masa umur dia setahun dulu. cukup sekadar sambutan dengan ahli keluarga terdekat je. sekali seumur hidup dh ok la kan aish. hehehe. walaupun kecik-kecik je sambutan tu tapi sampai sambut 2x tu tak menahannnn. takpe, baru sorang.. segala-galanya untuk dia. hehehe

ni sambutan yang pertama, masa ni nak meraikan semua yg lahir bulan 12. senang sekali jalan jimat kos pon ye jugak. kehkehkeh. nasib la sape lahir bln 12 tak dpt la fefeeling pwincess/pwince sebab smbut ramai-ramai. kehkehkeh


Masa ni potong kek kali ke2. betul-betul time taeikh besday dia. ha terbuntang bijik mata nampak kek siap ada cars bagai atas tu. tak sabar-sabar dia nk terkam kek tu. bukan sebab nk makan sgt pon sebenarnya. nak kan cars tu je.. hahahaha


 dapat hadiah kasut converse dari ayah. bukan main lagi dia bergaya. kecik-kecik dah berconverse bagai ko ye nakk. takpelah ummi redooo. huhuhuhu T___T


 sebabkan time besday mereka-mereka ni waktu cuti sekolah, jadi moh ler kite pi berjalan ye.. ni cousin dia satu-satunya yang sebaya. lahir pun bulan yang sama cuma cousin dia ni lahir awal skek. aish hujung bulan.. dia awal bulan. seronok mengkomer dapat keluar yee..


tah apelah dimenungkan tu. pikir masa depan ye sayang??

oklah, sebelum ummi stop ummi nk ucapkan selamat ulang tahun yang kedua buat aish ilham anak kesayangan ummi. semoga aish membesar dengan sihat, bijak, cergas dan cerdas. ummi doakan aish jadi anak yang soleh dan bertanggungjawab. aminnn mudah-mudahan. 

insyaAllah.

muah 💋💋

Friday, January 2, 2015

weekend Aish

selamat berhujung minggu semuaaaaa.

tak lupa juga salam maulidurrasul. marilah kita sama-sama berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W semoga kita semua mendapat syafaat Nabi Muhammad S.A.W di hari kiamat kelak. aminn

hujung minggu macam ni sgt indah kalau bermalas-malasan kat umah kan? tapi bosan jugak kalai asyik terperappp je kat umah. tak berkembang otak. cececehhh. cakap jela ko takleh dok diam kat umah jee. hihihi.

so semalam aku bwk la mak dgn adik-adik aku pi jalan. pi bandar je pon bkn jaub mana. so semalam jugak first time Aish tengok wayang dan pergi karaoke! wahhh bukan mainnn. saja nk tengok reaksi dia. movie budak-budak takde, so layan jelah citer Seventh Son walaupun macam ganas citer tu.

tapi boleh la. takde lah ganas sangat setakat bunuh-bunuh raksasa. lebih kurang kalau tgk ultraman/boboboi je kot. kehkehkeh. citer tu ok jelah takde la macam wahh sgt. biasa je. sebab aku dh terbiasa tgk citer aksi yg lagi hebat dr tu. hahaha.

ok layan jelah pic aish pi jalan-jalan semalam.

kalau pi mana-mana mall, aktiviti wajib la menabung kat mesin ni. beringgit-ringgit ummi ayah menabung selalunya. selagi tak puas jangan harap laa dapat bergerak ke tempat lain. huhuhu

memula plan nak main bowling, tapi penuh tak boleh main. aish dh nk mengamuk sebab doa dh excited nampak bola bowling colorfull tu. dia dh bising ball ball ball.. nak buat cmne. penuhh. huhuhu

so pi lah ke karaoke.. tempat ni dah lain. dah pakai bilik ikut saiz small medium large extra large. takde dh karaoke jamban mcm dulu-dulu. hehe. amik bilik medium. tak bising. tak dengar pon bunyi bilik lain. sound dalam bilik kita boleh adjust kan.. so aish tak bingit. aish enjoy.. lepas ni boleh bawak lagi. 
hehehe.

hari ni takde plan nak pergi ke mana-mana. stay dekat umah jelah. siapkan kerja yg tertangguh. haishhh bosan rupanya hujung minggu suami jauh ni. huhuhu. sabar jelahh.

k bai


Selamat Datang 2015

Dua Haribulan Januari Dua Ribu Lima Belas. sedar tak sedar dah masuk hari kedua di tahun baru. aku sememangnya tak pernah meletakkan azam yang spesifik setiap tahun. aku buat apa yang termampu aku buat. bukan lah bermaksud aku tak ada matlamat okey. ada. tapi biarlah aku saja yang tahu apa matlamat aku. hehe.

nampaknya rezeki masih belum berpihak pada aku suami dan anak aku untuk kami tinggal sebumbung bersama. aku masih belum diterima di Melaka. nak buat macam mana. berjauhan lah lagi untuk tahun ketiga. hmmm.

sekolah masih belum buka, tapi belum buka untuk pelajar saja lah. untuk guru bila-bila masa nak datang dah boleh dah. prepare pape yg patut kan. aku pon tak terkecuali, dah seminggu aku ke sekolah. meeting itu meeting ini. biasalah.. awal tahun banyak la benda nak dibincangkan.

kenapa tetiba aku macam rajin ye berblog. tak tau la kalau rajin untuk hari ni je, hahaha. aku ni ikut mood. selalunya lebih kepada takde mood nak menaip. sebab dah banyak sangat kerja menaip. sampai malas nak taip lagi. kahkahkah alasan sangattt.

sebenarnya aku macam bosan sikit hari ni, sebab weekend suami mesti balik, tapi minggu ni dia ada misi kemanusiaan ke Kelantan, membantu hantar barang untuk mangsa banjir. takpelah, hari ni hari mereka dalam kesusahan. mana tahu esok lusa hari kita pulak kan? tolong-menolong lah sesama kita. hehe.

sebenarnya takde apa sangat aku nak tulis. saja melepaskan gian berblog. kehkehkeh. oklah, last but not least.

HAPPY NEW YEAR! SEMOGA AMALAN KITA JUGA SEMAKIN BERTAMBAH SEIIRING DENGAN PENINGKATAN USIA. AMINN.

Monday, September 1, 2014

semoga rezeki berpihak pada kita. Amin

1 September muncul sudah. tarikh yang ditunggu-tunggu oleh warga pendidik yang sememangnya tinggal berjauhan dengan insan-insan tersayang. masa ni masing-masing berpusu-pusu nak mengisi sistem atas talian EG-TUKAR.

aku pon tak terkecuali. pertama kali ni nak mengisi. hurm takde lah susah mana. benda yang sama nak kena update macam dalam sistem-sistem online yang lain. bezanya kena la letak mana kawasan yang kita nak mintak tukar tu. tapi kenapa susah sangat eh orang nak dapat pindah selalunya? aku selalu je dengar dan baca cerita pasal cikgu-cikgu yang dah hampir 10 tahun berjauhan dengan suami, dengan anak dengan keluarga. sampai ada tahap dah bercerai berai disebabkan kesukaran nak pindah. kenapa macam tu eh? nauzubillah. semoga kita semua dilindungi dari musibah yang tak dapat kita nak tanggung.

aku pon 'mencuba nasib' kali ni. dah hampir 2 tahun duduk berjauhan dengan suami. anak pon hujung minggu dapat jumpa ayah dia. dari lepas hari smpai lah sekarang nk masuk 2 tahun dah. siapa tak sedih? tipu kalau orang kata aku happy je. cuma aku bersyukur yang teramat-amat syukur, aku ditempatkan di sekolah yang dekat dengan keluargaku. alhamdulillah. tapi harus berjauhan dengan suami. Allah, tuhan saja tahu perasaan ini. ada orang kata aku belum layak nak mohon pertukaran. sebab aku 'baru' lagi. abis yang dah 5 6 tahun masih jugak tak dapat pindah tu pon kira baru jugak ke? aku tak berpegang pada prinsip baru atau lama. aku berpegang kepada rezeki. kalau dah tertulis dia dapat pindah baru setahun berkhidmat siapa kita nak pertikai rezeki Allah bagi kan?

maisng-masing ada baghagian masing-masing. aku terima kalau masih belum rezeki aku nak pindah. dan aku pon bersyukur kalau kali pertama ni rezeki berpihak kepada aku. alhamdulillah. cuma kalau belum rezeki tu, aku masih perlu menguatkan lagi hati nak berjauhan dengan suami untuk kesekian kalinya. insyaallah, Allah permudahkan jalan ku nanti.

buat rakan-rakan, sama-sama lah kita berdoa semoga apa jua keputusan yang keluar nanti tidak mendukacitakan. Aminnn.

;)


Monday, August 25, 2014

Mencari Si Bomba

mood tak ok sangat hari ni. selsema, hidung tersumbat. aduhai. takpelah, sakit penghapus dosa kan. huhuhu.

dapat pulak panggilan kena pegi kursus. kursus gimnastik pulak tu. haha. sangat lah tak sesuai dgn jiwa aku yg rock kapak ni. *cewah.

nak tak nak atas arahan terpaksa la pegi. hujan lebat. lokasi balai bomba pulak. memang tak pernah tau pon kat mana kewujudan balai bomba kat BP nih. memang tak kisah nk amik tau pon. sekali kena pi situ. hambekkk.

nasib baik ade gps yg baik hati tunjuk jalan. hahaha. mmg la sangat teruk duduk BP dh hampir 26 tahun tapi nak pi bando kena pakai gps. hahaha. nak buat macmamana. aku bukan pengingat tempat. kekekeke.

adehh rehat satt. jap lagi kena sambung balik. penat woi nk tunggu sampai petang. cepat la habissssss. 😭😭

Raya 2014

Salam.

bukanlah pertama kali berblog. bukanlah baru. masih yg lama. url je diubah. yg dulu-dulu disimpan menjadi kenangan abadi dalam hati. huhu. pahit manis dunia blogging, walaupun dah lama menyepi, dunia blogging masih ada dalam hati, menjadi silent reader blog-blog kegemaran. 

oklah, untuk mula-mula ni aku nak share citer pasal raya. haha dah habis raya baru nak cerita pasal raya. habisss tak sempat plus bizi tak pun aku saja membizikan diri sendiri. ngeeeee. nak citer apa yang best raya tahun ni? mestilah best. sebab suami iols cuti. dapatlah beraya sakan walaupun tak sakan mana. tapi merasalah jugak 'raya' tu. kalau tahun lepas cinta hati Ahmad Aish ilham baru berusia 8 bulan, tahun ni raya dia dah setahun 7 bulan. lajulah dia meneroka seluruh pelosok rumah orang yang kitorang pegi beraya. huhuhu.

tahun ni raya dengan keluarga mertua belah kluang. seronok kumpul ramai-ramai dengan ipar duai. maklumlah family iols kecik, adik-adik pon belom kawen. nak meriah harapkan Aish tu jelah dok buat kepoh-kepoh suara dia tanya macam-macam. hahaha. 
alahai rindu pulak mokde dekat budak korea nih. lama lagi baru jumpa. senyum je dia yeee.. grrrr


ni geng mak-mak tapi kak long pulak takde, tak cukup korum lagi lah ni. huhu.

cucu-cucu bujang atok Kluang. 4 jelah setakat ni, insyaallah akan bertambah dari semasa ke semasa. kehkehkeh. cucu anak dara tak dapat nak ambil gambo, memasing moody. ada dua je pon gegirl buat masa ni. 


dgn mak pak metua. anak aku ada sikit emosi di situ, nampak nau dia tak berkenan kena pangku lelama tau. grrr

freestyle. big family.

ni formal sket. tema tahun ni purplelicious. tu yg beraneka jenis purple. 

dah bergambo sakan kitorang gerak balik kampung mak ngn pak metua kat Segamat. 
terimalahhh freestyle from Segamat. 

hahaha

husband cuti lama pulak tu kan, sama la dengan cuti sekolah, so apa lagi. jalan-jalan collect duit raya la Aish. seronok dia.. feeling beraya ada anak dengan sebelum ada anak memang berobah 100%. kalau dulu segala keperluan diri sendiri yang aku pikirkan dulu, tapi sejak ada Aish ni apa-apa hal dia punya mesti settle dulu. baju, kasut, sampin, songkok dan memacam lagilah. last-last baju aku sepasang je. huhuhu. takpelah anak punya pasal. 

oklah, sampai ketemu lagi. belom ada cerita sgt lagipun. bagi panas-panas enjin dulu. kehkehkeh.



akhir kata...



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

daripada

AHMAD AISH ILHAM & KELUARGA