Wednesday, June 3, 2015
rezeki Allah
aku dulu pernah terfikir. bila dah kawen, ada anak, ada komitmen dengan kerjaya aku tak akan berhenti berblog. tapi nampaknya janji tinggal janji. tahap kemalasan melampau-lampau. hahaha. ok lah step by step aku nk cerita. 😊😊
pertama.
alhamdulillah. kini aku dah pon duduk sebumbung dengan suami selepas lebih kurang 1 tahun 11 bulan berPJJ. aku tak sangka rezeki berpihak pada aku, walau hakikatnya masa mula-mula cek keputusan bulan september tu aku GAGAL. tapi Allah dengar juga doa aku. alhamdulillah. terima kasih Allah. 😊😊
kedua.
rezeki tahun 2015 aku sekeluarga tak berhenti setakat tu je. bila mana aku disahkan pregnant anak kedua pada awal Februari hari tu. syukur alhamdulillah. rezeki dapat pindah. aku tak sangka secepat ini Allah berikan kami rezeki. alhamdulillah. dan insyaallah baby baru akan keluar awal Oktober 2015 nanti. doa-doakan ye kesihatan ummi dengan baby. 😊😊
ketiga.
buat sementara waktu ni. anak bujang kesayangan terpaksa tinggal dulu dgn maktok kt kampung. sebab ummi dpt tukar mengejut. tak sempat nak prepare taska nursery or pengasuh. lagipun ummi tak bape kenal sangat orang-orang kat sini. insyaallah tahun depan Aish duduk sama-sama dengan ayh ummi baby. tak sedih? tipu kalau aku cakap tak sedih. pisah dengan anak lagi berat rasanya daripada berpisah dengan suami.
yelah, anak yang kita kandung 9 bulan. lepas tu tak pernah berpisah sampai lah ummi kena transfer. huhuhu. Allah je yang tahu hati seorang ummi. 😢😢
rasanya, cukuplah ini dulu ceritanya. lain masa aku cerita lagi. kalau datang rajinnye 😆😆😆😆
bye,
salam.
Sunday, January 4, 2015
Aish Turning Two!
Friday, January 2, 2015
weekend Aish
tak lupa juga salam maulidurrasul. marilah kita sama-sama berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W semoga kita semua mendapat syafaat Nabi Muhammad S.A.W di hari kiamat kelak. aminn
hujung minggu macam ni sgt indah kalau bermalas-malasan kat umah kan? tapi bosan jugak kalai asyik terperappp je kat umah. tak berkembang otak. cececehhh. cakap jela ko takleh dok diam kat umah jee. hihihi.
so semalam aku bwk la mak dgn adik-adik aku pi jalan. pi bandar je pon bkn jaub mana. so semalam jugak first time Aish tengok wayang dan pergi karaoke! wahhh bukan mainnn. saja nk tengok reaksi dia. movie budak-budak takde, so layan jelah citer Seventh Son walaupun macam ganas citer tu.
tapi boleh la. takde lah ganas sangat setakat bunuh-bunuh raksasa. lebih kurang kalau tgk ultraman/boboboi je kot. kehkehkeh. citer tu ok jelah takde la macam wahh sgt. biasa je. sebab aku dh terbiasa tgk citer aksi yg lagi hebat dr tu. hahaha.
ok layan jelah pic aish pi jalan-jalan semalam.
Selamat Datang 2015
nampaknya rezeki masih belum berpihak pada aku suami dan anak aku untuk kami tinggal sebumbung bersama. aku masih belum diterima di Melaka. nak buat macam mana. berjauhan lah lagi untuk tahun ketiga. hmmm.
sekolah masih belum buka, tapi belum buka untuk pelajar saja lah. untuk guru bila-bila masa nak datang dah boleh dah. prepare pape yg patut kan. aku pon tak terkecuali, dah seminggu aku ke sekolah. meeting itu meeting ini. biasalah.. awal tahun banyak la benda nak dibincangkan.
kenapa tetiba aku macam rajin ye berblog. tak tau la kalau rajin untuk hari ni je, hahaha. aku ni ikut mood. selalunya lebih kepada takde mood nak menaip. sebab dah banyak sangat kerja menaip. sampai malas nak taip lagi. kahkahkah alasan sangattt.
sebenarnya aku macam bosan sikit hari ni, sebab weekend suami mesti balik, tapi minggu ni dia ada misi kemanusiaan ke Kelantan, membantu hantar barang untuk mangsa banjir. takpelah, hari ni hari mereka dalam kesusahan. mana tahu esok lusa hari kita pulak kan? tolong-menolong lah sesama kita. hehe.
sebenarnya takde apa sangat aku nak tulis. saja melepaskan gian berblog. kehkehkeh. oklah, last but not least.
Monday, September 1, 2014
semoga rezeki berpihak pada kita. Amin
aku pon tak terkecuali. pertama kali ni nak mengisi. hurm takde lah susah mana. benda yang sama nak kena update macam dalam sistem-sistem online yang lain. bezanya kena la letak mana kawasan yang kita nak mintak tukar tu. tapi kenapa susah sangat eh orang nak dapat pindah selalunya? aku selalu je dengar dan baca cerita pasal cikgu-cikgu yang dah hampir 10 tahun berjauhan dengan suami, dengan anak dengan keluarga. sampai ada tahap dah bercerai berai disebabkan kesukaran nak pindah. kenapa macam tu eh? nauzubillah. semoga kita semua dilindungi dari musibah yang tak dapat kita nak tanggung.
aku pon 'mencuba nasib' kali ni. dah hampir 2 tahun duduk berjauhan dengan suami. anak pon hujung minggu dapat jumpa ayah dia. dari lepas hari smpai lah sekarang nk masuk 2 tahun dah. siapa tak sedih? tipu kalau orang kata aku happy je. cuma aku bersyukur yang teramat-amat syukur, aku ditempatkan di sekolah yang dekat dengan keluargaku. alhamdulillah. tapi harus berjauhan dengan suami. Allah, tuhan saja tahu perasaan ini. ada orang kata aku belum layak nak mohon pertukaran. sebab aku 'baru' lagi. abis yang dah 5 6 tahun masih jugak tak dapat pindah tu pon kira baru jugak ke? aku tak berpegang pada prinsip baru atau lama. aku berpegang kepada rezeki. kalau dah tertulis dia dapat pindah baru setahun berkhidmat siapa kita nak pertikai rezeki Allah bagi kan?
maisng-masing ada baghagian masing-masing. aku terima kalau masih belum rezeki aku nak pindah. dan aku pon bersyukur kalau kali pertama ni rezeki berpihak kepada aku. alhamdulillah. cuma kalau belum rezeki tu, aku masih perlu menguatkan lagi hati nak berjauhan dengan suami untuk kesekian kalinya. insyaallah, Allah permudahkan jalan ku nanti.
buat rakan-rakan, sama-sama lah kita berdoa semoga apa jua keputusan yang keluar nanti tidak mendukacitakan. Aminnn.
;)
Monday, August 25, 2014
Mencari Si Bomba
mood tak ok sangat hari ni. selsema, hidung tersumbat. aduhai. takpelah, sakit penghapus dosa kan. huhuhu.
dapat pulak panggilan kena pegi kursus. kursus gimnastik pulak tu. haha. sangat lah tak sesuai dgn jiwa aku yg rock kapak ni. *cewah.
nak tak nak atas arahan terpaksa la pegi. hujan lebat. lokasi balai bomba pulak. memang tak pernah tau pon kat mana kewujudan balai bomba kat BP nih. memang tak kisah nk amik tau pon. sekali kena pi situ. hambekkk.
nasib baik ade gps yg baik hati tunjuk jalan. hahaha. mmg la sangat teruk duduk BP dh hampir 26 tahun tapi nak pi bando kena pakai gps. hahaha. nak buat macmamana. aku bukan pengingat tempat. kekekeke.
adehh rehat satt. jap lagi kena sambung balik. penat woi nk tunggu sampai petang. cepat la habissssss. 😭😭













